Dalam sejarah Islam Najasyi

Namanya Ashhama bin Al-Abjar. Beliau masuk Islam setelah mendengar dakwah dari Ja'afar ibn Abi Thalib menurut tradisi Islam. Jaafar dan Muslim Makkah lain menjadi pelarian dengan menyeberangi Laut Merah terus ke negeri Habsyah. Kumpulan ini melalui Tanduk Afrika kerana lautnya lebih sempit. Semasa di Makkah, mereka menderita diseksa oleh orang musyrikin.

Najasyi berjanji tidak akan menyiksa rombongan dari Mekah itu meskipun diberi segunung emas. Apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad tentang Maryam dan Nabi Isa benar-benar belaka.

Surat daripada Nabi Muhammad

Nabi Muhammad dikatakan pernah ke Habsyah semasa membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid. Muhammad juga dua kali pergi ke Syam (Syria), Yaman dan Bahrain kini. Walaupun Nabi Muhammad buta huruf tetapi pernah mengirim 6 keping surat mengajak raja-raja ketika itu memeluk Islam.[1]Kebanyakan surat ditulis oleh Zaid bin Thabit.

Rasulullah mengutus surat kepada Raja Najasyi berhubung keadaan Ja'afar ibn Abi Thalib. Surat itu dibawa oleh Amr bin Umayyah ad-Dhamri. Surat itu telah dibalas dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Beliau juga mengirim adiknya yang bernama Ariha bin Ash-Ham bin Abjar.[2]

Raja Najasyi juga menikahkan Nabi dengan Ramlah binti Abi Sufyan bin Harb. Ramlah pernah berhijrah ke Habsyah tetapi suaminya Ubaidillah bin Jahsy mati di sana. Ramlah digelar Ummu Habibah. Setelah teruk disiksa, Ubaidillah memeluk agama Nasrani, mabuk-mabuk dan akhirnya mati kerana minum arak. Najasyi membayar mas kahwin (mahar) sebanyak 400 dinar emas bagi pihak Rasulullah. Akad nikah diadakan di Habsyah. Najasyi menghantar Ramlah dan beberapa orang lain ke Mekah dengan dua buah perahu.Najasyi juga menghadiahkan Rasulullah tiga tongkat terbaik buatan Habsyah. Juga sebentuk cincin emas.